Monday, 26 January 2015

Resipi nasi ayam simple serta sedap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya ni. Kali ni nak share pada anda semua resipi ringkas saya menyediakan nasi ayam sedap. Selalu memang buat tapi tak sempat snap. Ni pun tak sempat lagi tapi ramai plak tanya resipi. So pinjam gambar google sat. Hehe..

Serius sangat simple. Sesuai jika kekeringan idea terhadap resipi atau mahu menjamu tetamu makan di rumah.

Ok tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita pergi ke bahan-bahannya.

1 ekor ayam
4 pot beras
2 batang serai
2 ketul halia 1 inci
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 biji timun
1 biji cili merah
Daun salad
Kicap manis dan masin
Sos tiram(jika mahu)
Sos cili life atau maggi
Sup bunjut

Cara nak buat sangat simple kerana segala sup,ayam dan sos kicap serta sos cili bermain di sekitar bahan yang sama.

Ok camni...

Langkah-langkahnya:
1. Rebus kesemua ayam dengan hirisan bawang putih,bawang merah,serai dan seketul halia seinci tadi dalam satu periuk besar.
2. Rebus setengah jam.
3. Ketepikan ayam(boleh tinggalkan sedikit ayam untuk sup).
4. Ketepikan air rebusan secukupnya untuk masak nasi.

Ayam:
1. Ayam diperap setengah jam dengan kicap manis,kicap masin dan sedikit sos tiram atau sedikit garam.(kadang tak bubuh sos tiram).
2. Setelah setengah jam boleh goreng. Saya goreng sebab cepat.lapor...hehe

Nasi:
1. Basuh beras
2. Masakkan dengan air rebusan ayam tadi secukupnya.
4. Tambah sekali hirisan halia,serai,hirisan bawang putih dan bawang merah.
5. Nak letak pewarna kuning pun boleh. Saya tak letak pun. Nak letak chicken stock kalau ada pun boleh juga.

Sup:
1. Ambil air rebusan tadi sambung rebus sambil masukkan sup bunjut.
2.perasakan dengan garam.

Sos kicap:
1. Ambil suku cawan air perapan ayam tadi(yang ada kicap manis dan masin tadi.
2. Perasakan dengan garam

Sos cili:
1. Ambil suku cawan sup tadi dan masukkan sos cili life ke atau maggi.
2. Masukkan cili merah kisar. Kadang saya tak masuk cili merah saya masukkan sos cili ayamas. Ikut nak pedas ke tak. Sos ayamas tak pedas.

Ulam-ulaman:
1. Hiris timun
2. Hiris tomato
3. Sedikit daun salad.

Daaaa...siap!

Nampak macam leceh tapi senang je. Sambil duk main-main dengan anak pun boleh siap....

Selamat mencoobaa....

Tata..